Karakter seseorang boleh dilihat dari tulisannya. Ini kerana semasa menulis sebenarnya tangan hanya sebagai alat untuk pemegang. Gaya tulisan itu berasal dari fikiran, sehingga boleh dikatakan bahawa tulisan boleh mengungkapkan berbagai perasaan emosi si penulis. Di bawah saya kongsikan beberapa info tentang gaya penulisan.
Tekanan yang kuat
Orang sebegini memiliki emosional yang tinggi. Terlalu mendalami perasaan mereka baik itu bahagia atau sakit hati. Mereka menyerap segala suatu seperti spon. Biasanya mereka juga memiliki selera yang tinggi. Tegas dan memiliki keinginan yang kuat bahkan cenderung memaksakan orang lain untuk menuruti kemahuan meraka.
Tekanan yang ringan
Tekanan yang ringan
Tulisan sebegini pula mencerminkan keperibadian yang tenang. Mereka lebih bertoleransi tetapi agak sukar dalam mengambil keputusan dan biasanya mudah terpengaruh.
Tulisan besar
Tulisan besar
Orang yang menulis dengan ukuran tulisan yang besar biasanya cenderung suka diperhatikan selalu ingin tampil didepan dan ingin didengarkan.
Tulisan kecil
Tulisan kecil
Orang yang menulis dengan ukuran kecil biasanya lebih teliti dan pendiam.
Tulisan condong ke kanan
Orang dengan tulisan seperti ini biasanya memiliki karakter suka bergaul, ramah dan ekspresif
Tulisan condong ke kiri:
Tulisan condong ke kiri:
Jenis tulisan seperti ini biasanya penulisnya bersikap agak dingin. Lebih protektif dan berfikir secara rasional.
Tegak lurus
Tegak lurus
Orang yang memiliki tulisan tegak lurus mencerminkan seseorang yang boleh mengawal diri dan boleh menahan emosi.
No comments:
Post a Comment